Sunday, January 23, 2011

KENYATAAN yang HARUS di TERIMA.... :(

Aku betul-betul keliru dengan apa yang aku dengar. Perkara yang aku tak mahu ia berlaku akhirnya menjadi realiti
dalam hidup aku. Setelah sekian lama aku mencari jawapan yang tak pasti menjadi perkara yang sangat perit dan pedih dalam
hati aku ini. Kenapa Ibu Bapaku menyembunyikan hal ini terhadap aku?, kenapa aku perlu mendapat jawapan ini sendiri?.
Baru aku sedar sekarang, kenapa aku selalu dipersalahkan walaupun perkara kecil yang berlaku.

Aku cuba jauhkan diri dari orang lain, diriku yang dulunya periang tiba-tiba menjadi sayu selepas mendengar berita yang
mengganggu hati aku sekarang. Aku menjauhkan diri dari semua orang dan telah membuat kesilapan yang besar dalam hidup aku.
Aku telah mengecewakan hati seorang perempuan yang selama ini aku anggap dia yang paling penting dalam hidup aku sekarang.
Aku tak nak dia tahu apa yang terjadi kat aku, aku tak nak dia malu dan terasa hina bila bersamaku nanti. Aku terpaksa
berbuat begitu untuk kebaikkan dia, tapi aku menyesal dengan perbuatanku sendiri.

Aku hilang arah, tak tahu nak luahkan perkara ini kepada siapa. Aku malu nak ceritakan hal ini pada orang lain.
Aku mencari temanku yang selama ini aku kenal melalui internet dan telah menjadi temanku selama ini. Masalah yang selama ini
orang lain tidak tahu, aku ceritakan padanya. Hanya dia saja yang memahami perasaan aku sekarang. Aku tak pernah mengalirkan
air mata disebabkan benda remeh atau serius, tapi perkara ni membuatkan aku betul-betul tak dapat menahan sebak di dada aku
sekarang.

Aku menceritakan semua hal yang berlaku kepadanya dan kenapa aku berubah secara tiba-tiba. Aku tenang selepas menceritakan
semua hal ini kepadanya, Walaupun aku malu dengan diri aku ini. Tapi dia memberi semangat dalam kembali untuk memperjuangkan
hidupku yang penuh dengan sengsara.



Tapi aku tak nak kehilangan orang yang terpenting dalam hidup aku, Cuma dia saja yang ada dalam hati aku. Aku rasa kurang sempurna
tanpanya. Gelak tawanya selalu mengiringiku dan dia selalu membuatku tenang bila bersamanya. Aku inginkan hari-hari yang mendatang
bersamanya. Maafkan aku dengan segala perbuatanku terhadapmu, aku tahu kau tak dapat memaafkanku tapi aku nak kau tahu
yang aku perlukan dirimu. Kamu adalah orang yang sangat terpenting dalam hidupku selama ini...

andai hari esok masih ada waktu untuk ku, izinkan lah aku untuk terus menyayangimu n bantu la aku untuk menerima kehidupan ni....



No comments:

Post a Comment